General Exclusions of Motor Insurance

Pengecualian Am Insurans Motor / 车险的一般除外条款

Answer Bot

Last Update 4 jaar geleden

Insurance companies will apply following general exclusions on motor insurance.


Note : the actual wordings of your policy might be different.


1. The Incident 


We will not provide cover for any incidents that take place outside Malaysia, the Republic of Singapore and Negara Brunei Darussalam unless provided otherwise. In Malaysia, our liability under this policy is governed by the Road Transport Act 1987 and the terms and conditions of this policy only, and our liability outside Malaysia is governed by the terms and conditions of this policy only.


For an additional premium, your policy can be extended to cover the use of your vehicle in the Kingdom of Thailand or Kalimantan only if you purchase the prescribed extension cover. You may refer to the policy wording in Section 4: Extension of cover to the Kingdom of Thailand or Kalimantan in this policy.


2. You and Your Authorised Drivers


We will not provide cover if you or your authorised driver who drives your vehicle:


i) whilst under the influence of alcohol or intoxicating liquor, narcotics, dangerous drug or any deleterious drugs or intoxicating substance to such an extent as to be incapable of having proper control of your vehicle.


You or your authorised driver shall be deemed as incapable of having proper control of your vehicle if after a toxicology or equivalent test, it is shown that the alcohol level in the breath, blood or urine of you or your authorised driver is higher than the prescribed limit pursuant to Section 45G(1) of the Road Transport Act 1987 of 80mg of alcohol in 100ml of blood (or equivalent in respect of breath or urine) or other equivalent legislation that is in force at the material time.


ii) did not hold a valid driving licence to drive the vehicle. This does not apply if you or your authorised driver has an expired licence but is not disqualified from holding or obtaining such driving licence under any existing laws, by-laws and regulations.


3. Unauthorised Drivers


We will not provide cover for any incident, loss, damage or liability caused, sustained or incurred whilst your vehicle, in respect of which indemnity is provided for under this policy, is being driven by any person other than an authorised driver or person driving under your orders or with your permission.


4. Vehicle Use


We will not provide cover if your vehicle was being used:


i) for any unlawful purposes or any attempt of any unlawful purpose e.g. in violation of the criminal law or a recognised law of the country where your vehicle was being used;


ii) to practise for or take part in a motor sport, competition (other than treasure hunt), rally, pacemaking, reliability trial, speed test; or


iii) on any racetrack.


For an additional premium, your policy can be extended to cover your vehicle for reliability trial or competition. You may refer to the policy wording in Section 4: Reliability trials, competitions etc.


We will not provide cover for additional damage if after an incident or breakdown, you or your authorised driver:


• left your vehicle unattended or failed to take proper precaution to prevent further loss or damage


• continue to drive your vehicle in an unroadworthy condition before any repairs are done.


5. Fraud and Exaggerated Claims


If any of your claims are in any part fraudulent or exaggerated, or if you or anyone acting on your behalf, uses fraudulent means to get any benefit under this policy, the entire claim will not be paid or will not be payable to you. If we are required to make payment of any such claim to a third party, we shall be entitled to recover the sum paid and any costs incurred from you.


6. War Risk


We will not cover any loss, damage or liability (including any costs of defending any action) connected in any way directly or indirectly with:


i) war, invasion, acts of foreign enemies, hostilities or warlike operation (whether war is declared or not), civil war,

act of terrorism, mutiny, rebellion or revolution; or


ii) strike, riots, civil commotion assuming the proportions of or amounting to an uprising, insurrection or military or usurped power.


For an additional premium, your policy can be extended to cover strikes, riots and civil commotion. You may refer to the policy wording in Section 4: Strike, riot and civil commotion.


7. Nuclear Risk


We will not cover any accident, loss or damage to any property or any loss or liability arising therefrom (including consequential losses and costs of defending any actions) connected in any way with operations using the nuclear fission or fusion process, or handling of radioactive material. This includes, but is not limited to:


i) the use of nuclear reactors such as atomic piles, particle accelerators or generators and similar devices;


ii) the use, handling or transportation of radioactive material in relation to any act of terrorism;


iii) the use, handling or transportation of any weapon or explosive device employing nuclear fission or fusion; or


iv) the use, handling or transportation of radioactive material.


8. Convulsions of Nature


We will not cover (unless specifically purchased or covered under this policy) any loss, damage or liability caused by flood, typhoon, hurricane, storm, tempest, volcanic eruption, earthquake, landslide, landslip, subsidence or sinking of the soil/earth or other convulsions of nature.


For an additional premium, your policy can be extended to cover flood, typhoon, hurricane, storm, tempest, volcanic eruption, earthquake, landslide, landslip, subsidence or sinking of the soil/earth or other convulsions of nature. You may refer to the policy wording in Section 4: Inclusion of partial cover for or Inclusion of convulsions of nature  ( also known as special perils ) in this policy.


9. Contractual Liability


We will not cover any liability that arises by virtue of an agreement but for which we would not have been liable in the absence of such agreement.



Syarikat-syarikat insurans akan menggunakan pengecualian am ke atas polisi insurans motor masing-masing.


Nota : perkataan-perkataan sebenar yang digunakan di dalam polisi-polisi mereka mungkin berbeza.


1. Kejadian


Kami tidak akan melindungi sebarang kejadian yang berlaku di luar Malaysia, Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam kecuali perlindungan diberikan. Di Malaysia, liabiliti kami di bawah polisi ini tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan terma-terma dan syarat-syarat polisi ini sahaja, dan liabiliti kami di luar Malaysia tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat polisi ini sahaja.


Dengan bayaran premium tambahan, polisi anda boleh diperluaskan untuk melindungi penggunaan kenderaan anda di Negara Thailand atau Kalimantan sahaja jika anda membeli perluasan perlindungan yang ditetapkan. Anda boleh merujuk kepada susunan kata polisi di Seksyen 4: Perluasan perlindungan ke Negara Thailand atau Kalimantan dalam polisi ini.


2. Anda dan Pemandu yang Dibenarkan Anda


Kami tidak akan memberi perlindungan jika anda atau pemandu yang dibenarkan anda yang memandu

kenderaan anda:


i) berada di bawah pengaruh minuman keras atau arak yang memabukkan, narkotik, dadah berbahaya atau dadah-dadah lain yang memudaratkan atau bahan yang memabukkan sehingga ke tahap tidak dapat mengawal kenderaan anda dengan sewajarnya.


Anda atau pemandu yang dibenarkan anda akan dianggap tidak dapat mengawal kenderaan anda dengan sewajarnya jika selepas toksikologi atau ujian setara dengannya, ia menunjukkan bahawa tahap alkohol di dalam nafas, darah atau air kencing anda atau pemandu yang dibenarkan anda adalah lebih tinggi daripada had yang ditetapkan menurut Seksyen 45G(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebanyak 80mg alkohol di dalam 100ml darah (atau setara bagi nafas atau air kencing) atau apa sahaja undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada masa itu.


ii) tidak mempunyai lesen memandu sah untuk memandu kenderaan. Syarat ini adalah tidak berkenaan jika anda atau pemandu yang dibenarkan anda mempunyai lesen yang telah luput tetapi tidak hilang kelayakan memiliki atau memperolehi lesen memandu dibawah mana-mana undang-undang, undang-undang kecil dan peraturan yang sedia ada.


3. Pemandu yang Tidak Dibenarkan


Kami tidak akan memberi perlindungan bagi mana-mana kejadian, kerugian, kerosakan atau liabiliti yang disebabkan oleh, dialami atau ditanggung sewaktu kenderaan anda, yang mana indemniti diberikan di bawah polisi ini, dipandu oleh mana-mana orang selain daripada pemandu yang dibenarkan atau orang yang memandu di bawah arahan anda atau dengan kebenaran anda.


4. Penggunaan Kenderaan


Kami tidak akan memberi perlindungan sekiranya kenderaan anda digunakan:


i) untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau sebarang percubaan untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, contohnya melanggar undang-undang jenayah atau undang-undang sah negara di mana kenderaan anda digunakan;


ii) berlatih untuk atau mengambil bahagian dalam sukan permotoran, pertandingan (selain acara mencari harta karun), rali, perentak perlumbaan (pacemaking), ujian keandalan (reliability trial), ujian kelajuan cubaan; atau


iii) di mana-mana litar perlumbaan.


Dengan bayaran premium tambahan, polisi anda boleh diperluaskan untuk melindungi kenderaan anda untuk ujian keutuhan atau pertandingan. Anda boleh merujuk kepada susunan kata polisi di Seksyen 4: Ujian keutuhan, pertandingan dan sebagainya.


Kami tidak akan memberi perlindungan bagi kerosakan tambahan sekiranya selepas kejadian atau kerosakan,

anda atau pemandu yang dibenarkan anda:


• membiarkan kenderaan anda tidak dijaga atau gagal mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk mencegah kerugian atau kerosakan selanjutnya


• terus memandu kenderaan anda dalam keadaan yang rosak sebelum sebarang pembaikan dilakukan.


5. Tuntutan Palsu dan Melampau


Jika mana-mana tuntutan anda adalah palsu atau yang sengaja dilebih-lebihkan secara menipu, atau jika anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, menggunakan cara palsu bagi mendapat sebarang manfaat di bawah polisi ini, keseluruhan tuntutan tidak akan dibayar atau berbayar kepada anda. Jika kami terpaksa juga membuat bayaran bagi sebarang tuntutan kepada pihak ketiga, kami berhak menuntut kembali jumlah yang telah dibayar dan apa-apa kos yang ditanggung daripada anda.


6. Risiko Peperangan


Kami tidak akan melindungi bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau liabiliti (termasuk kos membela sebarang tindakan) dalam apa juga cara sama ada secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan:


i) peperangan, penaklukan, tindakan musuh luar negara, permusuhan atau operasi seakan-akan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan ataupun tidak), perang saudara, tindakan keganasan, dahagi, pemberontakan atau revolusi; atau


ii) mogok, rusuhan, kekacauan awam yang meningkat hingga boleh dikatakan sebagai suatu pemberontakan, revolusi atau rampasan kuasa tentera.


Dengan bayaran premium tambahan, polisi anda boleh diperluaskan untuk melindungi mogok, rusuhan dan kekacauan awam. Anda boleh merujuk kepada susunan kata polisi di Seksyen 4: Mogok, rusuhan dan kekecohan awam.


7. Risiko Nuklear


Kami tidak akan melindungi bagi apa-apa kemalangan, kerugian atau kerosakan terhadap sebarang harta atau sebarang kerugian atau liabiliti berpunca daripada (termasuk kerugian turutan serta kos untuk membela sebarang tindakan) yang berkaitan dalam apa juga cara dengan pengendalian yang menggunakan proses pembelahan atau penggabungan nuklear, atau semasa mengendalikan bahan radioaktif. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:


i) penggunaan reaktor nuklear seperti longgokan atom, pemecut zarah atau generator dan alat-alat yang serupa dengannya;


ii) penggunaan, pengendalian atau pengangkutan bahan radioaktif yang berkaitan dengan sebarang tindakan keganasan;


iii) penggunaan, pengendalian atau pengangkutan apa-apa senjata atau alat letupan yang menggunakan proses pembelahan atau penggabungan nuklear; atau


iv) penggunaan, pengendalian atau pengangkutan bahan radioaktif.


8. Konvulsi Alam Semula Jadi


Kami tidak akan melindungi (kecuali dibeli secara khusus atau dilindungi dalam polisi ini) sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah/bumi atau konvulsi alam semula jadi yang lain.


Dengan bayaran premium tambahan, polisi anda boleh diperluaskan untuk melindungi banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah/bumi atau konvulsi alam semula jadi yang lain. Anda boleh merujuk kepada susunan kata polisi di Seksyen 4: Perlindungan tambahan untuk konvulsi alam semula jadi atau Perlindungan sebahagian untuk konvulsi alam semula jadi ( juga dinamakan sebagai bencana khas ) dalam polisi ini.


9. Liabiliti Berkontrak


Kami tidak akan melindungi apa-apa liabiliti yang berpunca daripada sesuatu perjanjian yang mana kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya perjanjian tersebut tidak wujud.



保险公司将使用以下汽车保险的一般除外条款。


注意:您保单的实际条款用词可能会有所不同。


1. 事件


除非另有规定,否则我们不会为发生在马来西亚、新加坡共和国和文莱以外的任何事件提供保障。在马来西亚,我们在本保单下的责任仅受 1987 年公路运输法和本保单的条款和条件约束,我们在马来西亚以外的责任仅受本保单的条款和条件约束。


如果您购买了规定的自选保险,您的保单可以扩展至在泰国或加里曼丹使用您的车辆。您可以参考本保单第 4 节:将承保范围延伸至泰国或加里曼丹的保单条款。


2. 您和您的授权司机


如果您或您的授权司机驾驶您的车辆,我们将不提供保险:


i) 在酒精或令人陶醉的酒类、麻醉品、危险药物或任何有害药物或令人陶醉的物质的影响下,以至于无法正确控制您的车辆。


如果在毒理学或等效测试后显示您或您的授权司机的呼气、血液或尿液中的酒精含量高于规定的水平,您或您的授权司机将被视为无法正确控制您的车辆根据 1987 年《公路运输法》第 45G(1) 条,限制 100 毫升血液中 80 毫克酒精(或在呼吸或尿液方面的等效物)或在关键时间有效的其他等效法规。


ii) 没有持有有效的驾驶执照驾驶车辆。如果您或您的授权司机持有过期的驾照,但根据任何现行法律、附则和法规没有被取消持有或获得此类驾照的资格,则此规定不适用。


3. 未经授权的司机


我们不会为您的车辆(根据本保单提供赔偿)由授权司机或在您的命令或您的许可以外的任何人驾驶。


4. 车辆使用


如果您的车辆正在被使用,我们将不提供保障:


i) 出于任何非法目的或任何非法目的的企图,例如违反刑法或您使用车辆所在国家/地区的公认法律;


ii) 练习或参加赛车运动、比赛(寻宝除外)、拉力赛、起搏、可靠性试验、速度测试;或者


iii) 在任何赛道上。


对于额外的保费,您的保单可以扩展以涵盖您的车辆进行可靠性试验或竞争。您可以参考第 4 节中保单的实际条款:可靠性试验、竞赛等。


如果在事故或故障发生后,您或您的授权司机:


• 让您的车辆无人看管或未能采取适当的预防措施以防止进一步的损失或损坏


• 在进行任何维修之前,继续在不适合上路的条件下驾驶您的车辆。


5. 欺诈和夸大索赔


如果您的任何索赔在任何部分具有欺诈性或夸大性,或者如果您或代表您行事的任何人使用欺诈手段获得本保单下的任何利益,则整个索赔将不会支付或不会支付给您。如果我们被要求向第三方支付任何此类索赔,我们将有权向您追回已支付的款项和产生的任何费用。


6.战争险


我们不承担以任何方式直接或间接与以下相关的任何损失、损害或责任(包括为任何诉讼辩护的任何费用):


i) 战争、入侵、外敌行为、敌对行动或类似战争的行动(无论是否宣战)、内战,


恐怖主义、叛乱、叛乱或革命行为;或者


ii) 与起义、起义或军事或篡夺权力相当或相当于起义的罢工、骚乱、内乱。


若需额外保费,您的保单可扩展至涵盖罢工、骚乱和内乱。您可以参考第 4 节中保单的实际条款:罢工、暴动和内乱。


7. 核风险


我们不承保任何与使用核裂变或聚变过程的操作或放射性物质的处理有关的任何事故、损失或损坏或由此产生的任何损失或责任(包括间接损失和为任何行动辩护的费用) .这包括但不限于:


i) 使用原子堆、粒子加速器或发电机等核反应堆和类似装置;


ii) 与任何恐怖主义行为有关的放射性物质的使用、处理或运输;


iii) 使用、处理或运输任何使用核裂变或聚变的武器或爆炸装置;或者


iv) 放射性物质的使用、处理或运输。


8. 自然灾害


我们将不承保(除非特别购买或根据本保单承保)因洪水、台风、飓风、风暴、暴风雨、火山爆发、地震、山体滑坡、山体滑坡、沉降或土壤/地下沉或下沉造成的任何损失、损害或责任其他性质的灾害。


若需额外保费,您的保单可扩展至涵盖洪水、台风、飓风、风暴、暴风雨、火山爆发、地震、山体滑坡、山泥倾泻、土壤/地沉降或下沉或其他自然灾害。您可以参考第 4 节中的保单的实际条款:在本保单中包含或包含自然灾害(也称为特殊灾害险)的部分承保或包含在内。


9. 合同责任


我们将不承担因协议而产生的任何责任,但如果没有此类协议,我们将不承担任何责任。

Was this article helpful?

0 out of 0 liked this article